20130428

:')


Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


**Takpe. tiada apa pun yang akan kekal selamanya .
Bye forever KMPk.
CHill :')



20130421

Esok.

Esok final. Good Luck kat Safwan kawan saya kat Matriks Kuala Pilah Negeri Sembilan. Good Luck jugak kat bebudak KMPk 

Okay. Actually bukan benda tu yang nak dicakap . Esok Final. ESOK. entah. tak rasa macam final pun. hilang mood. hilang semangat. rasa macam nak tidur malas nak bangun. Can i ? T_T

Nie semua salah budak tu yang bagi rosak mood aku malam tadi. Damn betul. Hilang sabar aku. Panas hati nie. Erghh ! Jap nak bilang, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa ! Yeay ! satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan ! Yeay sembilan hari lagi nak balik !!!!!!!!!!


wrong

Semakin dekat Final, semakin banyak dugaan and benda pelik pelik yang jadi. Ya Allah. Bagi la kami kekuatan . Lindungilah aku dan sahabat2 aku.'( Seminggu je lagi , and it is over forever .

Dear sahabats, kuat ! Untuk diri sendiri juga :'( Jangan lemah. Jangan layan perasaan sangat. No need semakkan fikiran dengan perkara yang tak berkaitan dengan study. Tolong la :'(

To myself, abaikan perkara lain. Fokus exam, and u're done. Forget everything related with KMPk, and go home happily.

To ***, pergi ***.

broken heart,
adi

20130415

Geram.

Geram dengan NAZIRUL NAZRIN BIN SHAHROL NIDZAM. Siapa cakap aku tengah bahagia ? Yes. Aku bahagia . Tapi dengan korang semua. Takde kaitan dengan orang lain. Nak cakap aku bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi, mak tak call pulak bagitahu ade sapesape masuk meminang/merisik aku. and takde pulak manemane lelaki ajak aku kawin setakat nie.

Sekarang ni pun status aku single. takde menjadi tunang manemane lelaki. So nazirul, PLEASE ! Stop talking nonsense ! Aku dengan mamat tu kawan jer. Dia banyak tolong aku. Yeah, Thanks la untuk hang sebab hang la orang yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan dia. Tapi Nazirul, aku dengan dia takde pulak melencong kot lain okay.

So memandangkan aku masih bujang dan belum menjadi milik mana2 lelaki, hang jangan cakap bukan2 macam tu. aku rasa nak tumbuk je hang. SERIUS ! and, if ade masalah, cari jelah aku. aku tak marah pun. aku pun senang dapat tolong even hanya dengan mendengar. aku sentiasa ada masa 95%. Masa yang tinggal untuk aku kat sini pun berbaki kurang dari 2 minggu. So Nazirulku, manfaatkan lah aku ketika adanya ni. Nanti tak dapat dah. hanya dapat berhubung di alam maya/telefon je. So sila lah buat hp aku berdering untuk ketika ini.

Tapi kalau hang dapat cari kawan better dari aku, Tahniah. and, Alhamdulillah. Aku pun tak sebaik yang disangka teraa manaa pun. Semoga mana2 sahabat hang yang lain dapat jaga hang dengan baik. But sebelum tu, please makesure 'sahabat' hang, sape2 jelah, boleh dipercayai. takut berbalik kat diri sendiri masa akan datang. sekian Nazirul. Assalamualaikum. Bye,

Yang PANAS,
adi.

20130413

SO SOON

Assalamualaikum.
Hari ini menjadi hari yang sangat busy even class habis pukul 12.pm and 2 kelas before tu cancel. Mean, just attend 1 clas je from 10am to 12 pm. Tapi aku still keluar pukul 8am pegi libray study sikit. Lepas je habis class, Oh yeah bergambar time ! Hari nie dapat bergambar dengan Jeong, Kanesh, Devdas !!, Faizal Joe( ImamMudaKMPk) and 'Tutor Chemist' aku.

2.30-4pm, ada bengkel Math. Tapi sorry ah, aku tido jee. tak dengar pun. Ba'da Asar, M1T4 buat buat perjumpaan la sesama classmates. Sesi luahan perasaan mohon restu sesama kitorang bagai. Until maghrib kot ! Hujan pun tibai saje. Now tengah sakit kepala . haha.

Since tadi aku takde cakap apa pun kan, Sorry la. aku tak sediakan script. Hihi. So aku nak luahkan details kat sini.

TO :
NAZIRUL

Dear sahabatku Jirul, tak semua orang boleh faham masalah kita. Tak semua orang nak susah dan senang samasama kita. So, be strong. Be independent. Tolong jangan terlalu layan perasaan or, terlalu fikirkan pasal 'masalah' tu. Masalah ape2 jelahh. Jangan lemah ! Jangan hanyut ! Bangkit ! Nanti dah kat U, macam Emy cakap ah, tak tentu lagi hang akan dapat kawan macam dorang. Yang take care hang. Matriks paling tinggi 3 tingkat je kite. Kat U nanti bertingkat2. Kalau jadi pape kat hang cane ? So jaga diri baik2 tau. Apeapehal, jangan pendam, nanti sakit. Again, jaga diri, and berdikari :) Btw sepanjang hg lead ape2, Hg lead dengan baik. 1 more, hg anak sulung kan ? Along right ? So nanti apeapehal hang yang ganti parents. Jadikk, berubah la jadi lebih 'besi'. hahahaaha . abaikan ayat aku. Hidup ni masih berliku . Banyak. Panjang.

ZIRA, ANIS, TOM, ADAH
Anis.Adah.Tom.Irah

Kepada irahhh and Anis, yang pernah menjadi partner Lab Biology and Irah untuk kelas m1t4a, Thanks . And sorry ! If sepanjang kita jadi partner aku ni over. cakap lepas ke. buat lawak bangang ke. cakap benda yang tak patut ke. Irahhh. Nanti kalau aku gi Kelantan aku nak tido rumah hang. Hehe. Anis, kalau kawin please invite ! Hehe. Mane tau lepas matriks terus kawin :p Adah, taktau nak cakap apa. haahahah. Adah, budak 4.0 sem1, semoga maintain lagi untuk Sem2. Hope adah jadi doc :D Ok actually dulu2 aku ade jugak sentap dengan korang. Sebab korang macam takmau kawan dengan aku. Macam takleh nak masuk dengan aku. So aku sedih jugak la. Hehe. Tapi act tak macam tu pun. TOM ! Tom yang comel yang childish giler yang macam2, Happy kot kenal hang. tak sangka hang ni sengal gilerr . Btw Tom nie dulu sebelah je. SBP Gopeng :)

SITI @ COT

Atau nama lain dia Siti Comel. Siti, sepanjang kita kenal aku ade gak sentap dengan hang. Sebab kadang2 ape yang aku buat, hang macam pandang. er. taktau la nak cakap cemna. tp aku rasa hg mmg camtu kot. aku je yang fikir bukan2. Siti, aku tahu sepanjang aku jadi partner lab Chemist hang, aku teruk. suka selalu salah experiment. Kalut la. macam2. hha. selalu gak la aku meranapkan experiment kita. Time sem1 takut dgn sir Azrani sebab suara dia tinggi sangat. bingit oh !

ZAIRIN

Hang memang paling pendiam dalam kelas. Aku pun tak tahu lah macam mana hang boleh survive. Huhu. Actually aku suka juge kawan dgn hg tau. Diamdiam berisi. Better daripada orang yang huha huha tapi kosong macam aku nih :') Untuk Zairin, jangan biar orang nampak kita lemah. Jangan biar orang pandang kita sebelah mata . Btw, teruskan diam2 berisi tu. Sekali meletop baru orang tahu.

MIZA

Aku rapat dengan hang dari sem1 lagi. First kenal dulu, sekali lagi aku ulang, memang aku jauhkan diri dari hang sebab . Ehmmmmm. sebabnya hang pun dah tahu. Hehe. Sepanjang kita kawan, aku seronok. Aku happy . Aku suka hang. Hang kuat layan aku. Layan la aku punya manja gediks nie. Roomates aku pun suka hang. I mean, selesa la dengan hang. Hang caring. And macam2 lagi. Lately, kalau hang rasa macam aku menjauhkan diri dari hang . It's totally not like that. Aku just, nak bersendirian. Entah la. Bermain dengan perasaan sendiri. Tu je. Tapi hang takde buat salah apeape pun dengan aku. 1 benda je aku tak bekenan dengan hang, kadang2 kata hang tu mengguris perasaan aku, tapi aku diam je. Dengan kawan memang jarang aku nak balas. Payah. Bukan dengan hang je, dengan orang lain juga. And 1 more, hg suka tanya banyak sangat. Haha. Sampai aku pun malas nak jawab. kahkah. Tapi Miza, Thanks ada dengan aku kat sini. Thanks. Thanks !! Aku happy kenal family hang. Thanks sebab layan aku dengan baik even aku nie . err . entah le. Loqlaq sikit. Minta maaf kalau aku ada cakap pape tak patut depan parents hang :) This May is your Birthday , aku harap parents aku lepaskan aku drive sampai Ipoh.

MOON & SHERA


Munirah Binti Zahari. Nama yang sangat simple. Nur Syahirah binti err. Roslan kot ? Hehe. Sorry kalau salah. Sebab kita bukan partner lab so aku taktahu. Duadua gadis ni cakap lepaih gak. sikit. hahaha. Tapi takpalah. It is okay . Aku pun sama jer. Moon and Shera nie rapat. And rajin. Pandai :) taklah macam aku nih. memalukan m1t4a jerrr. Asal kelas tuto chemist, muka toya. and bla bla bla. Tu jela nanti pasal korang aku sambung dalam entry yang lain. :p

AISHA

Tak berapa rapat dengan Aisha. Tapi takpe. Doesnt Matter. Aisha suka senyum. Even dia ada masalah pun, dia suka senyum. Memang aku tabik lah. Tapi pernah gak aku gaduh dengan si Aisha nie. Ade ke aku suruh Shera kirim salam kat dia, And boleh lak dia tanya aku pehal tak puas hati lagi ? Haha. Adohaiiiiiiii. memang panas lah hati wa. wa kirim salam baik2, lu ingat wa nak cari gaduh. ingat wa budak kicik ka ? :p To Aisha, jangan dengar cerita sebelah pihak, dengar lah kedua2 pihak dulu. Then baru boleh cakap ape2. And kalau ade masalah dengan orang tu, Kita tanya direct dengan orang tu, jangan gi tanya orang lain, Bukan Aisha je. Orang lain pun sama okay, Kalau ade benda tak puas hati ke, nak tanya cerita yang tak pasti ke, tanya la direct dgn tua punya body. Korang tau tak kalau korang gi tanya orang lain, nanti orang lain tu gi cita kat orang orang lainnnnnn pulak . N then dah jadi fitnah, Gosip. Tak suka tau . Kesian kawan tu.

ANAS

At first, aku tak kisah pun dgn Anas. Aku terima je dia jadi classmates aku. Aku start tak bekenan dengan dia sebab Dayah taksuka dia. Haha. so aku pun follow je. Apelah aku nie. Tapi makin lama, Anas nie suka buat hal lak dalam class. so nama kelas lah yang Efek .. Baru2 nie, ade kejadian berlaku kat Anas, and aku rapat jugak la dengan Anas, So aku mintak dia janji dengan aku, untuk berubah. And dia janji. Aku nampak perubahan dia. Aku nampak dia berusaha. Aku nampak. Even orang lain kutuk dia. And aku bengang tau tak bila korang pandang slack kat dia. Hmm. Panasnya hati aku bila dia tengah berperang untuk berubah, orang pandang sebelah mata je. Macam2 ah . So Anas, aku bangga even last2 minit baru aku kenal siapa hang sebenarnya, hang baik :) Actually aku rasa nak tumbuk je orang yang pandang hang sebelah mata.

AFRIZAL

Sem satu aku panggil dia Abang Ijal. Haha. Itu perli okay ! Sape tah yang panggil dia Ijal . Ikut je ah . Firstly aku tak tahu pun dia anak Azmeer. Tapi lepas ikut Dayah gi lunch dgn roomates dia, MAK AIHHHHHH ! Topic utama adalah Afrizal ! OMG. Afrizal dimana2 kalau dengan Dayah nie. So dari situ la aku tahu. Aku rase Dayah suke Afrizal dulu :p Sebab tu keje die gaduh je dengan si Afrizal nie. Hahaha. Ops. 2 Bulan pertama. Kedua. Aku rase annoying pulak dengan dia. Sebab dia suka buat benda pelik2 dalam kelas. Haha. Tapi ada haritu, malam . Aku tengah tunggu burger, and dia datang, order makanan and makan kat situ. So mula ah borak2. He's kind anyway. Ramai kot gadis2 di luar sana sukaa gilaa sama dia . Abang Superman !! haha. Budak Modul 3, account and macam2. Haih. Hot la katakan. :p Randy la ape la . Btw nama dia Afrizal bukan Randy. Aku respect sebenarnya dengan Afrizal. Dia nampak childish gila. Tapi bila presentation, aku sangat tabik. dia mmg ada skill. Ada confident. Bagus. Sampai aku lak yang jadi down. Haha. Takut jugak tengok dia. Tapi Afirzal nie. Nampak je macam Happy Go Lucky. Deep inside who knows. Ada lagi nak cakap tapi aku lupa, AFRIZAL ALHAM, maafkan aku, A sampai Z untuk semua salah aku kat hang. Tak kisah la pasal ape pun. Maaf.

RAHIMI

Nie boleh geng dengan Zairin. Senyap je. Haha. Tapi ade kisah kenape dia senyap. Soryy aku tak tahu. Rahimi lelaki yang baik. haha Banyak kali kot tersentuh tgn dia time pass barang n macam2. orang lain pun, tapi dengan rahimi aku rasa lain sikit. Mesti dia ingat aku gatai kan. haha. aku ingat dia marah dengan aku, sebab bila dia cakap dengan aku mesti macam aku ni hina sangat. taktau ah nak describe cana. camtu je. Sorry ah aku memang loqlaq sikit weh . Btw, terkejut gak la hang masuk The Voice. Hijau Daun gitu. Semalam baru aku tahu cita2 hang rupa2nya nak jadi penyanyi yang famous ! :p

DIN

Nazarudin. Budak dari Bachok Kelantan. Comei kot. Hihi Thanks sebab cipta quotes yang sangat menyentuh hati untuk kitorang semalam . Terharu  T_T Jauhnyaaa Kelantan Din, camane la aku nak jumpe hang lagi. takpa . Tunggu Kelantan ada highway dulu . Heeee. To din, Even hang and Jirul panggil aku 'Diva', mula2 aku taksuka tau takkkkkkk. Mencik ! Malu ! Tu kan rahsia aku je. Tapi takpelah. dah jadi terbiasa pulak .Lagipun Diva dengan Diba lebih kurang je bunyi , so layan ! tapi jangan cerita kat orang lain !! Hish . Din seorang sahabat yang baik. Lembut. (Bukan lembut semacam aa). Din, thanks atas initiatif nak buat video class. take time kot. Habis la study week hang. hahahaahaha.

EMY

Hmmm. nak cakap apa ek pasal Suhaimi nie. Hmmm. 50 minit kemudian, Best kawan dengan mamat nie. SHENGAL SHANGAT. tapi dia suka touching juga. Eh yeke ? Betoi kot. Haha. And dia sangat suka budak. Tekejut gak aku si Emy nie slumber angkut anak2 lecturer 3 orang bawak gi cafe makan. Dengan belon besarrnyaa. Suka tengok :) Btw mamat nie nampak bahagia je, tapi bila ada masalah dia moody juga. I mean, diam je. Tapi taknak share. It's okay . Dahla malas nak cakap pasal suhaimi nie. haahaha. Btw taktahu pulak aku nie budak perempuan paling sporting dalam kelas. hHaha. Bye emi jumpa lagi kat bukit merah laketown resort.

AZHAR

Budak genius from TTDI . Handsome. Hot. tertawan hati kalau kenal. haha. puih ! takdela. Azhar nie sempoi. sangat. Macam takde perasaan pun ada. Time sem1 dulu aku ada touching dengan dia. pasal apa ek ? Lupa dah. haha .NVM. Lupakan. 1 Benda aku pelik dengan Azhar. Dia Pakai spec tau. Tapi spec dia kelabu asap ! penuh dengan cap jari. Cemana la dia boleh nampak dengan spec macam tu. Serius aku pelik. Azhar nie, datang lecture, tangan sebelah hp, sebelah nescafe, kertas takde. Haha. tapi takpe ah. dia pandai. Tapi jangan suka berdebat dengan lecturer sangat tau. HwHw. Bye Azhar

HISYAHRIL

Kenal Syaril waktu form1. SMK TENGKU MENTERI. satu kelas dulu sampai form2. N then aku pindah sekolah. Dia pendiam. Pemalu. Comei. sangat Innocent. BFF dengan si Syafiq yang . Ergh. >< ! Btw sumpah aku tak sangka akan sekelas dengan si mamat comei ni dekat KMPk. Excited gileee aku. Haha. Dari dulu pendiam, kat sini suka buat lawak sengal nak mampus. haha. Sekarang dia handsome kot, nak bekenalan ? haha. Syaril, thanks for. something.

EMILY LEW JEONG
Me and YingYing.(Emily)

SHESHENG & JEONG

Ini chinese dalam class kitorang. Paling Hot mesti la Jeong. KPOP gitu. Handsome gile. Melts jugak la dulu. Dengan Lew pun. Sebab Lew sangat baik . Aku baru tahu bila dia jadi partner Lab Physics aku. Emily, Satu kelab sekali. Banyak dah aku panas dengan si amoi ni. Banyak. Tapi jangan risau, sekarang dah tak. Haha. Gonna miss you Emily Lew Jeong.

END,
Dear my classmates, Aku tak pernah menyesal kenal dengan kalian. Macam2 jenis. And macam2 aku belajar dari kalian semua. Again aku mintak maaf, Mulut aku memang tak bertapis jugak kadang2. Sometimes terkeluarkan perkataan yang sepatutnya dicensored . HikHik. Maaf :'( Halalkan segala ilmu semua barang makanan pakwe makwe yang aku pinjam. LOVE ALL OF YOU SO DAMN MUCH ! MUAH ! 

** Jangan pernah pandang seseorang itu dari masa lalunya.

Nur Adibah Abdullah Zawawi
EX M1T4a 2012/2013 KMPk

20130407

Ahad

Assalamualaikum. 
7 April 2013
Tido selewat 4.15 a.m. Bangun 6.45 a.m. Solat subuh. Borak2. Vico. Online kejap. Mandi. Siap2 kalut pergi breakfast with miza and Jirul . N then terus ke tutor room untuk study until 1.30 p.m. Break untuk solat. Tido kejap 10minit. N then rushing turun untuk jumpa family miza. Until 4.30p.m. camtu. Ok la. Haha. N then balik bilik semula untuk Asar, terus ke tutor room. Tapi tak jadik, kitorang ke taman permainan rumah pengarah. Family Jirul datang. Kitorang pun folo pergi Mama. Heh. memang tak study la :') 

K fine. Bukan nak cerita pasal tu sangat pun. Actually nak luah kat sini. Nak cerita. Time borak2 dengan family Miza. Dorang cakap pasal Miza punya weakness. And aku sebagai sahabat kena lah jaga dia. Mak dia pesan. They thought, I am a strong girl. strong friend. Kuat luar dalam mental dan fizikal. So aku just iyakan saje, Not only them, Jirul, and He pun anggap aku macam tu. Sekali lagi aku iyakan saja. Malas nak argue and explain. Haha. Kalau dah anggap aku macam tu, Takpelah. Layan je lah. :') 

Even aku tengah down. Berperang dengan kelemahan diri sendiri, takde la sampai aku nak call mak. Ngadu. Malas lah nak kacau. Kalau cakap dengan mak buat aku rasa lagi sedih je. HikHik. Nanti mula la gediks nak nanges. Mak .. Doakan akak dari jauh .. Tapi aku terlepas jugak cakap kat Dila. NVM. At least 1 of my family members tahu la latest ape jadik dengan aku nihh. 

Btw, aku ada buat luahan perasaan dengan seseorang. Bukan pasal cinta eh. Takde kaitan. Thanks Allah he trusted in every words i said. And, dia bagi feedback yang sangat positif. Thanks awak. Thanks sebab terima saya seadanya. Taktahu lah macam mana nak cakap.  Huhu . SO NOW. aku dah naik semangat sikit. Even sikit, jadi lah. Daripada aku nak Let Go benda ni camtu je. Gila engkau. PSPM kot. So. dalam masa yang berbaki sedikit ni, aku harap aku kuat. Kuat untuk diri sendiri. Kuat untuk sahabat. Kuat untuk family. Kuat untuk lawan PSPM II. Ya Allah . Lindungilah aku . Kuatkanlah aku  dan sahabat2ku. :')

'Strong' Girl,
ADI

Indescribable

Assalamualaikum sahabat .
Lately memang ramai sangat yang aku nampak stress. Tension. Hormon tak stabil. BlaBlaBla. Termasuk la myself. Yeah , aku faham. Dah nak final kan :') Kepada sesiapa yang sentiasa berbalik kepada Allah, Dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah dorang mampu bertahan . Tapi aku sendiri tak lah. Kadang2 mereng juga. **kadang2 ke selalu ? tanya diri sendiri ..
Btw aku nak cerita pasal kisah sahabat :') Kebelakangan ni aku asyik mention nak bunuh diri je. Tetambah lepas tutor Chemistry. Seriously tak faham. N aku tak boleh nak pretend macam faham. EEee. Btw aku cakap jela. Takde makne pape .. Tapi stress laaa ! Rasa nak nangis2. Hmmm. Dono ah how is my final nanti.  Kalau tak okay aku harap mak and semua maafkan aku.... :'( And baru2 nie, bestfriend aku ( aku ramai bestfriend. semua orang adalah bestfriend aku) luahkan masalah dia. Ya Allah. Berat dugaan dia. Kalau nak dibandingkan dengan aku. Haha. Maybe aku je yang over sangat. Padahal takde ape pun kalau nak compare dengan problem kawan aku yang satu nie. Memang dugaan Allah tu macam2. Kalau kita diduga, Mean, Allah sayangkan kita :') Hmm. aku cuma mampu mendengar n cakap pape yang patut. Tapi tak dapat membantu mana pun .
And kawan aku sorang lagi, pun berperang dengan diri sendiri. Terlalu memikir pasal orang lain. Kalau aku laa. Lantak engkau laa . Asal aku takde buat pape yang sakitkan hati orang. Aku nak buat ape, tu aku punya hal. And orang lain patut respect itu selagi kita takde buat benda yang salah. N 1 more, kawan aku ni pun sedang stress juga, Yeah. Masalah study :') Tapi dua2 kawan aku nie, even dorang ade probs, diorang still study, masuk je. InsyaAllah result nanti okay. Macam PSPM 1 result dorang okay je. Aku ? HAHAAHAHAH. Dont you ever ask me dat quest .. I'll kill you ! hehe. kidding.



**Mengharapkan kehadiran insan yang mampu selamatkan aku dari terus lemas dan tenggelam jauh ke dasar yang dalam ...

Adi


20130404

Terharu :')

Assalamualaikum .Just now baru balik dari iftar dengan classmates . Gegurls only :) Tapi tadi nampak rahimi and Jirul jugee. Kitorang solat jemaah bersama . Pelukpeluk. KissKiss. Gonna miss this soon .. Tadi lepas solat ape sume aku Moon n Zairin terus balik bilik. The rest stay untuk buat tutorial chemistry and study . Aku malas nak join. sebab ingat nak buat fizik dulu. N then time turun tangga, Moon cakap, "Adi, nape lately nie hang macam takde mood ?" Then aku just cakap biasalah .. Moon cakap Azhar tanye nape aku lain. nape aku senyap. nape aku tak bising dah n macam sumthing wrong . Hmm. The rest pun perasan kesenyapan aku . KihKih. Itu membuktikan betapa riuhnya aku dalam kelas. Thanks Guys ! Itu maknanye korang sayang aku kannn kannn ? Hihi. I know it :p. Haritu Azhar tanye aku, boleh tak kalau dia nak stay KMPk sampai friday. Mean, tak balik terus lepas habis exam. Sebabnyee. Die nak spend time dengan classmates , n maybe kawan2 dia yang lain . Terharuuuuuuuuuuuu. Sampai macam tu sekali. Takpe. Nanti aku kawin datang la Perak lagi :) Rumah aku senang je. Dekat RnR Bukit Gantang. Hehe

Continue pasal Moon tadi, Aku pun cakap la. Aku tension. Banyak fikir . Yelah . Exam dah dekat gilaaa kot  ! Kalau CGPA kantuii cenaa. Habis la aku .. Takleh kawin. Haha .. Eh tak lah . Mainmain je. Yelah. Mane tak stress. Asal nak study je ngantuk. Mane taknye, study kat katil. Bukan ape. Sebab bawah kipas. Study kat meja panas kot. lain la kalau boleh cabut je tingkap2 tu. biar angin menderu2 masuk . Dah la ade serangga gedik kat lampu study. Dia suka isap darah aku. Pastu badak selamber dia boleh bagi parut kat aku ! Huh ! Haritu sem1 siap terpaksa jumpa doc. KihKih. ** Banyak gilaa alasan. Padahal kalau nak, pasti boleh ! 

Asal pegang buku, mula la mengantuk la. Boring la. Tu Ni . BlaBlaBla. So mula la decide nak tidur SEKEJAP. Kemudian SEKEJAP itu bertukar menjadi TIDO SAMPAI ESOK PAGI ! Mane tak frust weh ! Aku pun taktau la nape jadi camni bila kat matriks. Padahal dulu alert je. Wuuuuuu T_T . **Bantu saya pelis :( 

Eh. Niat asal nak Hupdate pasal kelasmet je. Terpanjang pulak. Maaf ! Sampai sini dulu. Panjang umur update lagi 



Le me with Azhar :')

Sayang kalian,
Adi